Monday, October 20, 2008

Open House '08

Assalamualaikum...

Maaf, takde gambar kali ni, sibuk layan tetamu punya pasal sampai lupa nak 'pukul' (loghat Kelate) gambar.

Kami sekeluarga telah mengadakan 'rumah terbuka AidilFitri' pada hari sabtu 18/10/08 yang lepas. Ramai jugak la yang hadir. Rakan-rakan radio amatur pun ramai. Menu - nasi kerabu, macaroni goreng & laksa. Kuih-muih raya pun ada la jugak.

Tuan rumah awal-awal lagi dah standby kat v40, kot-kot la ada rakan ham yang sesat atau tak tahu jalan. Memang 'terbukti berkesan'.

Lebih kurang 11am, 9W2BDZ & 9W2LKB sampai. Fadzlee sampai dulu, dah nak kenyang baru Zamri sampai. Petang tu takde rakan-rakan ham yang hadir. Rakan-rakan dari tempat kerja & jiran-jiran saja.

Sebelum waktu maghrib, tengok laksa yang disediakan macam kurang berkualiti, jadi tuan rumah pun keluar untuk membeli laksa mentah yang baru. Semasa keluar pun, standby jugak kat v40.

Keluar je dari rumah, kedengaran panggilan dari 9W2JIZ, bertanyakan arah nak ke rumah. Tuan rumah pun tanya, berapa kereta yang nak hadir ni. Berita yang awal-awal diterima ialah 8 orang. Rupanya tuan rumah salah dengar. 7 KERETA? Sebuah kereta ada lebih kurang 3 orang, 7 x 3 = 21. Cukup ke laksa aku ni? Terus beli 3 bungkus laksa mentah dan bergegas pulang. Mujur kedai pun dekat je.

Sampai rumah, dari jauh dah kelihatan ramai rakan-rakan ham yang sampai. Antara yg hadir, 9W2JIZ, 9W2CYN, 9W2GTR, 9W2EEE, 9W2OCC, 9W2AQS, 9W2BCT, 9W2GTI, 9W2CLS, 9W2KLG beserta ahli-ahli keluarga mereka. Seronok tengok rakan-rakan ham datang ramai-ramai.

Dipendekkan cerita, macaroni goreng tinggal sikit je, nasi kerabu pun hampir licin, laksa terpaksa direbus lagi. Semua yang hadir pulang lebih kurang 8.30pm. Alhamdulillah...rumah terbuka berakhir dengan baik. Selepas 2 tahun tak mengadakan rumah terbuka AidilFitri, yang diadakan kali ini ternyata tidak menghampakan.

Rasanya, tradisi 'rumah terbuka' ni haruslah diteruskan dan digalakkan. Ya lah, kita yang tinggal di bandar ni, peluang macam ni lah yang patut diambil untuk menziarah rakan-rakan dan berkenalan di samping mengeratkan lagi hubungan sesama kita.

AidilFitri tahun depan? InsyaAllah...

-73 de 9W2AZX-

3 comments:

NGINAP SRENGENGE @ SRENGENGE said...

aduhhh...kalau 'panggil' (loghat kedah) pun tak boleh pi.

Tak pernah makan laksa kelate....kat Kota Baru pun makan laksa Penang.

Tadi gebang dengan pak Jid di Pekan Selasa.Dia nampak bertambah sihat.Hidung pun dah merah.Dia dah beli lembu kenduri Amirul.

Doa sihat semuanya.Wassalam.

9M2RIE said...

aku tak dpt p umh hang open hari tu sbb anak aku tak sihat. so skrg aku plak yg tak sihat roger. 73 de 9w2rie

aYon said...

adeihh... dok ajok pun buak rumoh terbuko... anyway, tahniah la sebab rama oghe gi... ambo tahun depey la kalu ambo bulih buat pun... tunggu base baru ambo siap...