Thursday, October 30, 2008

Sedikit Kisah Derita

Assalamualaikum...


Kali ni kita cerita sedih. Kisah penderitaan rakyat, di tengah-tengah negara yang kaya-raya ni. Gambar ni ialah gambar rumah yang akan diceritakan...(maaf...bercampur loghat utara)

Subject: FW: [Realiti_Hidup] Jln-Jln Bulan Puasa: Tiap-Tiap Diri Akan Merasai Mati

Malam tadi Ahad mlm Senin 21/9/08, lebih kurang jam 3 pagi, saya terjaga dari tidur, hujan lebat dan angin kuat turun mencurah-curah; sahur lambat lagi, tapi hujan dan ribut kuat sangat, rasa mcm nak tercabut bumbung rumah saya tu. Tiba-tiba, tanpa diundang saya terus teringatkan rumah Bang Din (dlm gambar) yang kami kunjungi hari sabtu yang lepas.

Rumah Bang Din yang terletak x jauh dari Lata Air Deras Hutan Sedim, Kulim Kedah itu hanyalah berbumbungkan atap kain tarpan yg waktu kami kunjungihari tu, jelas boleh lihat berlubang sana sini. Tingkap cermin Nako pula terbuka luas, yg ada cuma besi tingkap ja, cerminnya x ada; bila kena ribut mcm malam tadi, pasti angin tu terus menerpa menerjah masuk ke dalam rumah x ada tapis-tapisnya lagi mcm rumah saya tu. Macam manalah gamaknya anak-anak Bang Din hat kecik-kecik tu tidoq; anak-anak saya dah la hujan lebat, dlm bilik depa siap pasang kipas angin lagi. Anak2 Bang Din x payah kipas angin, terus dpt angin fresh dari bukit...sejuk sure x leh nak habag punya.

Kami sampai rumah Bang Din lebih kurang jam 9:00 pagi hari tu, 7 buah kereta semuanya berkonvoi ke sana. Selepas sambut kami, waktu kami tgh dok kelam kabut perturunkan beras gula kopi dsbgnya, Bang Din menghilang ke belukar di belakang rumahnya, sedar x sedar dia dah angkut mai setandan Pisang fresh dari hutan; dia potong-potong dan hadiahkan kat kami sebagai buah tangan.Bang Din ni memang mcm tu, memang suka tolong org; hatta diriwayatkan tanah tempat dia duduk tu diberi duduk percuma oleh seorang Doktor dari Hospital Kulim yg kebetulan merupakan seorang AJK NGO PAKSI, Doktor ni selalu bawa Bang Din ke sana sini sebab Bang Din cukup seronok ikut team NGO doktor tersebut pi tolong org2 susah, tapi x sangka Bang Din sendiri pun lebih susah drpd org susah rasanya.

Selain dari tu, dlm jiwa Bang Din, w/pun dia org susah, tapi dia cukup berani pi ke depan berjuang untuk golongan rakyat marhain sepertinya; waktu demo Ubi Kayu membantah kenaikan beras di pekan pdg serai kedah bulan Mei 08 yg lalu, Bang Din lah yg duduk kat line depan. Diriwayatkan juga bahawa pernah di suatu musim p.raya kecil di sebelah Kedah sana, Bang Din tinggalkan anak bininya selama hampir seminggu untuk berbakti kpd parti pilihannya; Bang Din harap sepeninggalannya itu, pimpinan parti di peringkat cawangan dan kawasanlah yg akan mai ambik tahu sakit demam dan makan minum anak isterinya itu. Tapi, apa yg terjadi? seminggu Bang Din tinggalkan anak isterinya tu, bila kebetulan bekalan beras terputus, selama hampir seminggu itulah isteri dan anak-anaknya menggalas perut dgn hanya makan pisang rebus! Hiba sungguh hati Bang Din bila balik-balik tengok anak isterinya jadi macam tu. Entahlah kdg2 kita sendiri x paham dengan nasib mereka-mereka ygbergelar pejuang ni. Mungkin itulah yang dikatakan sebagai Harga untuk sebuah Perjuangan!

Okeylah, kita tinggal seketika kisah Bang Din, seorang pejuang di hutan Sedim ini. Dari rumah Bang Din melalui celah-celah ladang getah itu, kami bertolak ke kawasan sawah padi di Sidam Kedah. Sedim dan Sidam, nama seakan serupa, satu Sedim satu lagi Sidam, dua-dua tempat ada org susah. Di Sidam, kami ke rumah Abang Awang yg dok kerja amik upah meracun rumput dan kerja-kerja yg berkaitan bendang. Ada kerja adalah upah; dgn sedikit upah tu, lepaslah juga Abang Awang boh minyak mutu dan menyara hidup anak-anaknya yg empat org. Di sebelah rumah beliau, adalah rumah org tuanya, Tuan Haji Mohamad yg cacat dan terpaksa berkerusi roda ke sana ke mari. Abang Awang dan isteri serta org tuanya Tn Haji Mohamad nampak seakan terkejut dengan kunjungan kami, sampaikan dua-dua depa x kata apa, nak kata terima kasih ka nak tanya mai mana ka, tak tanya langsung, mcm terpukau ja tiba-tiba ada 7 buah kereta entah mai dari mana-mana tiba-tiba mai landing kat atas batas ban (permatang) kat bendang depan rumah depa tu. Cantik pemandangan kawasan bendang di waktu tengahari tu; mcm kata sorang kwn, kalau ada hammock (ndoi) gantung kat pokok tepi bendang tu, mau boleh lena sampai ke petang.

Kami berharap sumbangan yg dibawa itu sedikit sebanyak mampu membantu mereka sekeluarga menempuh kedatangan syawal; dan saya sempat pesan kpd Tuan HjMohamad kalau boleh waktu berbuka nanti, jamahlah sedikit makanan yg dibawa oleh seorang sahabat kami tu yg beliau niatkan untuk dimakan waktu berbuka, kata dia nak tumpang pahala bagi makan org berbuka. Moga sampai juga pahalanya untuk sahabat kami itu.

Dari rumah Abang Awang kami ke rumah Long Siah di Kg Guar Lobak, Pdg Serai Kedah. Setakat ni, kalau nak kira sedih, Long Siahlah yg paling sadis sekali. Nak habag pun x tau nak mula tang mana, tapi cukuplah kot kalau sekedar saya tulis di sini luahan rasa Long Siah kpd kami sewaktu kami nak bertolak pulang. Kata Long:"Long ni ka, x abih-abih dok kena Ujian Tuhan. Waktu anak lelaki Long hat sulung umur 12 tahun, suami Long meninggal. Dengan kudrat Long inilah Long besarkan 3 org anak-anak Long tu, Long amik upah buat bendang, dengan duit itulah Long buat rumah ni sikit sedikit sampai siap. Sampailah anak-anak Long dah besar dan menikah" (Hat sorang tu pompuan cacat mental dok dengan Long, dua lagi lagi Lelaki)
Kata Long lagi:"Tiba-tiba 9 tahun yang lepas, anak lelaki Long sorang tu meninggal dunia; 3 bulan lepas tu pula isteri dia lari menghilangkan diri; tinggallah cucu-cucu Long yang 3 orang tu dengan Long sampai hari ini (Syakir T3, FirdausT1 dan Danial B3). Anak lelaki Long hat sorang lagi dok di Selangor, 50an, kerja buruh dan niaga jual ayaq sikit sikit, dia adalah dok hantar mai RM100 sekali sekala tolong Long. La, Long la yg dok besarkan budak-budakni. Hidup Long ini x abih-abih dengan Ujian."

Kami pun x sangka Long nak mengadu kat kami detail sampai mcm tu, mungkin sebab selama ni x dak org dok mai amik tahu pasal dia kot, or mungkin sebab kami ni a complete stranger, tu yg dia x kisah pi luah habis-habisan tu. Hmm, mungkin ada rahmatnya juga kunjungan kami tu,selain dpt sumbangan, dptlah juga buat suatu ketika dlm hidupnya, LongSiah dpt meluahkan segala-gala yg terpendam dlm jiwanya selama ini. Moga,perasaan dan jiwa Long Siah akan tenteram sikit selepas ini, dan moga beliau akan terus diberi kesihatan dan kekuatan serta ketabahan untuk terus membesarkan tiga org cucu-cucunya ini dengan seberapa kudrat yg beliau ada, mudah-mudahan!

Seterusnya kami ke Kota Kuala Muda, Kedah. Rumah yg pertama kami lawat ialah rumah Pak Yaakob 70, melihat kesan-kesan Tsunami di sekeliling rumahnya. Tak banyak yg mampu ditulis mengenai beliau, cuma tipikal Nelayan Pantai yg sudah berusia, menghabiskan sisa-sisa hidupnya sekeluarga bersama ngauman dan jeritan ombak yg membenam pantai di belakang rumahnya tanpa henti siang dan malam; dan di suatu ketika ombak yg menjadi temannya selama ini tiba-tiba bertukar ganas menjadi Tsunami dan memusnahkan segala-galanya dlm sekelip mata.

Melihatkan kesan runtuhan Tsunami itu mengingatkan kami akan kebesaran Allah SWT, Tuhan YgMaha Pencipta!

Oh ya, saja nak habag sebelum itu kami dibawa oleh seorang sahabat kepusat jualan ikan di Kota Kuala Muda. Kami beli ikan fresh satu raga (pakai teknik berbisik) dan bahagi-bahagikan sesama kami untuk oleh-ole dibawa pulang. Dari situ, kami menyusur pantai menuju ke kawasan Nelayan di Pulau Sayak. Di sana, kami disambut oleh Ketua Kampung (kerajaan baru)yg begitu prihatin mengambil berat tentang org2 miskin dan susah di kampung sekitarnya. Saya panggil dia Abang Zan.

Rumah pertama yg dibawa oleh Abang Zan ialah rumah Kak Noriah 43, ibu tunggal anak seorang. Selepas kematian suaminya 3 tahun yg lalu, Kak Noriah membesarkan anaknya dengan mengambik upah mengupas ikan bilis. Waktu kami ke rumahnya, Kak Noriah baru balik mancing ikan; dapatlah tiga empat ekoq ikan semilang untuk bekalan berbuka puasa petang nanti. Ada kwn minta nakbeli (sebab fresh dari laut) tapi Kak Noriah senyum saja, dia kata nak buat masak lauk berbuka. Hmm, mcm tu pun masih ada rupanya, kais pagi makan pagi kais petang makan petang; kami harap sumbangan beras kwn-kwn kami tu akan dpt meredakan sedikit bebanan Kak Noriah ini. Sebenarnya Kak Noriah juga tersentuh hati dgn kunjungan kami itu; kami pun x tau kenapa, tapi di akhir kunjungan kami sewaktu kaum perempuan yg turut serta dlm konvoi kami tu pi salam dan peluk beliau, Kak Noriah menitiskan air mata; mungkin beliau terharu sungguh dengan kunjungan kami ygramai-ramai itu secara tiba-tiba. Kami merasakan org-org seperti KakNoriah dan Long Siah ni, bukanlah material yg ditunggu mereka, namun cukup sekadar ziarah yg ikhlas insyaAllah bisa menggembira dan menceriakan mereka.

Kemudian kami ke rumah Abang Alias x jauh dari rumah Kak Noriah. Abg Alias ada 3 org anak masih sekolah; beliau bekerja sbg awak-awak. Mcm mana kerja awak-awak? Kerja dia kalau tauke bot nak turun laut dan tauke bot tu mai ajak dia turun pi laut, maka dapatlah upah dia utk hari tu, kalau x dak x ada lah. Wonder mcm mana depa sekeluarga boleh survive dlm keadaan punca pendapatan tak menentu ini. Mungkin sebab itu agaknya isteri Abang Alias mcm agak terkejut melihatkan beras 10kg 6 kampit bertimbun kat depan rumah dia tu (sumbangan kwn-kwn yg ikut mai, bawa beras sendiri sendiri) x campur lain-lain barangan lagi. Dengan bekalan banyak tu, rasanya kalau dua bulan lagi Abg Alias x ada kerja pun boleh survive dah rasanya depa sekeluarga.

Saya pun x pasti apa ada dlm kotak pemikiran isteri AbangAlias sebab di akhir lawatan kami tu, sewaktu bersalam dan dipeluk oleh seorang isteri sahabat kami itu, beliau menangis teresak-esak; kami semua tergamam buat seketika, biasanya gambar mcm tu yg akan kami tangkap buat kenangan, tapi kali ni terus jadi terpana, semuanya jadi sunyi sepi, masing-masing tak kata apa, perasaan sayu yg panjang bertapak di dada.

Akhir sekali Abg Zan membawa kami ke rumah Pn Norma, seorang ibu muda yg tabah, saban hari berulang alik ke Mak Mandin bekerja kilang di sana, mencari sesuap nasi utk anak-anak dan suaminya yg uzur diserang stroke. Memang rasa hiba melihatkan keadaan suami dan anak-anaknya tinggal di dalam rumah kecil hampir seluas master bedroom rumah saya tu; bumbungnya pula bocor sini sana, jika hujan ribut pasti x lena malam anak-anaknya.

Entahlah, dari kawasan ladang getah di hutan Sedim, ke batas sawah di Sidam hinggalah ke perkampungan Nelayan di Pulau Sayak, kemiskinan masih tetap utuh bermaharajalela. Fikir-fikir sekali, semuanya ini bukannya apa, semuanya hanyalah cubaan belaka. Allah SWT jadikan orang miskin dan orang kaya, semuanya hanyalah Ujian semata. Si miskin diuji dengan kepapaan, si kaya diduga dengan kemewahan, akhirnya semuanya nanti akan dimatikan untuk menerima pembalasannya, seperti mana firman Allah SWT di dalam Al-Quran surah Al-Anbiyaa' ayat 35 maksudnya: "Tiap-tiap diri akan merasai mati, dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan; dan kepada Kamilah kamu semua akan dikembalikan" Maka benarlah kata Long Siah, hidup ini tidak lain hanyalah Ujian.

Sekian, moga ada manfaatnya.


Demikianlah, sedikit cerita dari utara semenanjung, cerita benar derita rakyat jelata. Jika ada yang mahu menyumbang, sila hubungi saya 9w2azx@gmail.com , insyaAllah kita dapat usahakan sesuatu.


-73 de 9W2AZX-