Monday, April 19, 2010

MUZAKARAH ASTRA WILAYAH TENGAH

MUZAKARAH ASTRA WILAYAH TENGAH - 9hb Mei 2010



Adalah dimaklumkan dan dijemput semua ahli-ahli, bukan ahli dan peminat radio amatur untuk bersama-sama bermuzakarah, bermesyuawarah, berbincang, eyeball ke:


MUZAKARAH ASTRA WILAYAH TENGAH
Tarikh: Ahad, 9hb. Mei 2010
Masa: 9:00 pagi
Lokasi: Dewan Orang Ramai, Kg. Kebun Bunga, Batu 3, Shah Alam (Rejab Tomyam)

Aturcara:
8am - 9am - Pendaftaran
9am - 12am - Muzakarah/Mesyuarat/Perbincangan
12pm - - Eyeball & Acara bebas

* Pendaftaran keahlian ASTRA dibuka pada hari tersebut. Sila download borang keahlian di Website ASTRA atau blogspot Astra Tengah.


-73 de 9w2azx-

Thursday, April 8, 2010

Ma Petite Armoire


Assalamualaikum...


'Ma Petite Armoire' - bukan tajuk buku atau judul movie...tapi nama 'kedai' menjual pakaian kanak-kanak yang diusahakan oleh isteri saya. Masih baru. Menjual baju-baju 'branded' dan 'ori' dengan harga yang jauh lebih murah daripada yang didapati di butik-butik pakaian kanak-kanak.


Kalau nak cari kedai ni, kenalah buka Facebook, search 'Ma Petite Armoire'. Sila letakkan pesanan anda dalam 'comments'. Harga? Memang berpatutan dan akan diberitahu dalam 'reply' dari tuan punya kedai.


Koleksi terbaru akan di'update' dari semasa ke semasa. Harap rakan-rakan akan menolong 'promote' kedai ni kepada rakan-rakan yang lain. Kalau nak panggil untuk buat promosi di tempat anda pun boleh sangat-sangat. Hubungi saya di 012-2026674.
-73 de 9w2azx-





Saturday, March 20, 2010

CW Test - cuba & cuba lagi...


Assalamualaikum...



CW Test siri 2010-1 telah berlalu...Tahniah kepada rakan2 yang telah berjaya 'menukar baju'.

Yang tak berjaya (termasuk aku), diharap kita akan berjumpa lagi di siri 2010-2. Seronok rupanya ambik CW test ni. Walaupun dari peringkat Rx lagi aku dah tahu aku gagal & terpaksa pulang ke 'saltmine' kerana tuntutan kerja. Rasa macam nak terus daftar untuk test seterusnya.

Target sekarang ialah membuat lebih banyak latihan. Bak kata 9M2GTR, 'banyak mendengar, banyak mendengar, banyak mendengar'...

-73 de 9w2azx-

Saturday, January 23, 2010

Jom beli HF Rig

Assalamualaikum...

Dah lama tak menulis...

Projek 2010:

1. 'Kutu' HF Radio Ham

Saya nak membantu rakan2 & saya sendiri membeli rig HF. Caranya ialah dengan kutipan wang cara 'kutu'. Saya perlukan 11 orang lagi rakan. Kutipan akan diadakan selama 12 bulan bermula hujung bulan Januari. Giliran akan ditentukan secara undian bulanan.

Data yg saya perlukan:

i. Callsign
ii. Handle operator
iii. Nombor Kad Pengenalan
iv. Nombor akaun Maybank (kalau ada), kalau takda, mana2 bank pun ok.
v. Kepercayaan penuh antara kedua2 pihak (peserta2 & saya)

Sila sms ke 012-2026674 atau email ke 9w2azx@gmail.com sekiranya berminat.

Kalau dah cukup quorum, saya akan publishkan list nama2 peserta di blog ni beserta details.


2. CW = (9M2)

Yang ni, kena tunggu bulan Mac, he he...


-73 de 9w2azx-


-PENGUMUMAN-

Disebabkan tidak ramai rakan yang berminat, projek "Jom beli HF Rig" ini terpaksa dibatalkan. Saya meminta berbanyak-banyak maaf kepada beberapa rakan yang telah menyatakan minat untuk menyertai projek 'kutu' ini.

Walau bagaimanapun, sekiranya ada mana-mana rakan yang masih berminat & bersedia mencari ahli, sila hubungi saya.

Projek CW - pendaftaran untuk CW Test telah dibuat semalam 5 Feb 2010. Hasilnya kena tunggu lepas test la...


-73 de 9w2azx-